Tips SIHAT

PILIH BRA DENGAN BETUL. Kajian di Amerika Syarikat oleh Sidney Ross Singer dan Soma Grismaijer terhadap 4700 wanita yang tercatat di dalam buku Dressed to kill, pemakaian bra yang tidak betul juga berkaitan dengan risiko kanser payudara.

ROKOK membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu daripada dua perokok mati awal di sebabkan penyakit yang berhubung kait dengan rokok.

DUDUK TERLALU LAMA juga boleh menyebabkan sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian tulang belakang.

PENGAMBILAN GARAM BERLEBIHAN akan meningkatkan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.

KETAWA TERBUKTI DAPAN MENURUN ATAU MENGIMBANGKAN tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ia membantu untuk melancarkan pengedaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

0 comments: