Tips memilih warna dan corak baju sesuai dengan badan :
Memilih warna baju dan corak yang sesuai dengan badan akan menampilkan
perubahan dengan penuh gaya dan personaliti yang menarik. Selain itu, ia
juga dapat meningkatkan keyakinan dalam diri individu. Oleh itu, pemilihan
warna dan corak baju yang sesuai sangat penting terutamanya bagi wanita
yang berkerjaya.
1. Badan gempal dan rendah
Badan begini sesuai dengan baju berwarna gelap, corak garis menegak atau
corak bunga kecil. Elakkan dari memakai skirt labuh yang kembang kerana
akan menampakkan lebih rendah dan gempal.
2. Badan gempal dan tinggi
Individu seperti ini lebih sesuai dengan baju yang berwarna gelap juga
serta corak bunga yang kecil. Corak bunga yang besar akan menampakkan lagi
kegempalan individu tersebut.
3. Badan kurus dan rendah
Orang seperti ini sesuai dengan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga
yang sedikit besar. Bagi memperlihatkan dirinya. Corak garis menegak sesuai
dipadankan supaya nampak lebih tinggi. Jika ditambah dengan kasut bertumit
tinggi dapat membantu menambah ketinggian serta kedewasaan.
4. Badan kurus dan tinggi
Penampilan baju yang sesuai ialah warna yang cerah dan corak melintang
serta bunga baju yang besar supaya mengurangkan dia dilihat terlalu kurus.
Corak yang melintang dan besar dapat memperlihat bahawa individu tersebut
lebih gempal.
Selamat mencuba…
2 comments:
gile ko warna cerah...warna kuning??xnk la..
sesuai la..kn warne feveret sgt2 dlu..
Post a Comment